...بسم الله الحمن الرحيم
Sedar atau tidak, sebenarnya kehidupan kita sebagai manusia sering
dihadapkan dengan pilihan..ada diantara
kita kadang-kala kecundang dalam membuat pilihan. Kita seharusnya membuat
pilihan yang terbaik dalam kehidupan. Jangan sampai keputusan itu bisa
memudharatkan Islam juga kehidupan kita sebagai muslim.
Kita kadang-kala harus memilih samada mahu makan nasi atau sekadar
makan roti, mahu minum air kosong atau minum air berkabornat, mahu hadiri kelas
atau mahu ponteng kelas, mahu buat baik atau buat jahat, mahu lakukan yang
sunat atau lakukan yang wajib,mahu tinggalkan yang makruh atau tinggalkan yang
haram dan sebagainya lagi. Telalu banyak perkara yang kita tidak sedari bahawa
kita sudah tersalah langkah dalam memilih. Dalam memilih pasangan juga kita
harus berhati-hati, jangan sampai terdorong nafsu semata tanpa memikirkan
agama.
Bagaimana cara kita hendak memilih sesuatu dalam kehidupan seharian??
Bagaimana hendak kita pastikan bahawa kita sudah memilih sesuatu perkara yang
tepat dalam kehidupan kita???
Muhammad hasan basri dalam bukunya bibilografi nafsu menceritakan
bahawa jika kita berhadapan dengan banyak perkara kebaikan, yang mana jika kita
melakukan perkara itu pasti kita akan beroleh pahala, pilihlah yang mana hati
kamu paling jauh untuk melakukan perkara itu. Sebagai contoh, membantu seorang
tua yang dalam kesusahan, atau membantu seoarng perempuan yang hampir bersalin,
atau menghadiri majlis ilmu??rasa2nya, mana 1 yang perlu kita utamakan dahulu??
Hasan Basri menerangkan bahawa nafsu kita ini lebih jauh atau malas atau juga tidak
cenderung untuk melakukan kebaikan, dan nafsu akan selalu mengajak kita unruk
menjauhkan diri dari mendapat pahala.
Tidak semua perkara kita mengunakan pendapat ini. Adakalanya kita
harus mengikuti pertimbangan akal. Kadang-kala juga manusia cenderung untuk
melakukan yang mana lebih menenteramkan jiwa. Ya..itu tidak dinafikan, setiap
manusia itu pasti akan memilih sesuatu yang sangat tepat dan cocok dengan
hatinya.
Apa-apa pun pilihlah sesuatu perkara itu mengikut keredhaan Allah
dan yang dihalalkan Islam. Jangan sampai kita meninggalkan yang wajib semata-mata
untuk melakukan yang perkara-perkara sunat. Jangan sampai kita tinggalkkan yang
makruh, tapi kita tidak sedar kita berbuat sesuatu yang haram dan dilarang
agama..nauzubillah…
Sebaiknya dalam setiap perkara yang kita lakukan sebagai hamba
kepada Tuhan yang Esa, selayaknya kita memohon petunjuk dari Allah dan
keberkatan dalam setiap pilihan yang kita lakukan dalam kehidupan..
Allahualam..

perkongsian hebat!
ReplyDeleteharap bermanfaat utk islam kn kak:) dr.muhaya kata, sebaiknya setiap hari kita kena lakukan solat istikarah sebab setiap hari kita akanberdepan dgn keadaan untuk kita membuat pilihan. smga Allah menunjukkn jalan yg terbaik dlm kehidupan:)
ReplyDelete