… بسم الله الرحمن
الرحيم
Semakin ramai yang berbicara soal jodoh. Semakin ramai juga yang
berumahtangga membina masjid untuk kebahagiaan dunia dan insyaAllah hasilnya
akan dituai di akhirat nanti. Semakin ramai umat Nabi Muhammad yang ingin
mengikut jejak baginda dalam mengharungi kehidupan rumah tangga.
Beberapa orang sahabat-sahabatku pernah berbicara sesama mereka dan saling bertanyakan bagaimanakah ciri-ciri pasangan yang mereka dambakan. Aku hanya tersenyum. Tapi Alhamdulillah melalui pembacaan dan
pendengaran aku semakin tahu ke mana arah jawapan untuk soalan itu.
Improve Yourself, You Will Get The Best..
Iya..itu la jawapan sebenarnya. Aku pernah membaca buku tulisan
ustz Fatimah Syarha yang mengatakan, jodah kita memang telah Allah tentukan di
Loh Mahfuz tetapi perangainya akan bergantung sebagaimana perangai kita.
Aku juga pernah mendengar kata-kata Dr. Muhaya.. dalam mencari
jodoh kita akan menarik magnet yang sama dengan kita. Apabila kita seorang yang
baik maka kita akan menarik orang-orang yang baik untuk dekat dengan kita.
Sebab itu kadang-kala kita lihat ada yang orang yang jahat akan berkahwin
dengan orang yang jahat juga kerana dia menarik magnet yang sama untuk
mendekati dirinya.
Maka jika begitu tidak syak lagi firman Allah di dalam surah an-Nur ayat
26:
"الخبيثت
للخبيثين والخبيثون للخبيثت، والطيبت للطيين والطيبون للطيبت، أولئك مبرءون مما
يقولون، لهم مغفرة ورزق كريم"
Maksudnya: “perempuan-perampuan yang keji untuk lelaki yang keji,dan lelaki
yang keji untuk perempuan yang keji(pula),sedangkan perempuan-perempuan yang baik
untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik untuk perempuan yang baik(pula). Mereka
itu bersih dari apa yang dituduh orang. Mereka memperoleh ampunan dan rezeki
yang mulia(syurga).”
Ustaz Pahrol juga mengatakan, kita akan dapat apa yang kita beri.
Jadi maksudnya, sekiranya kita berperangai baik, maka kita akan dapat yang
terbaik, sekirannya kita berperangai buruk kita akan dapat yang serupa itu
juga.
Pilihan di tangan kita sebenarnya untuk membuat pilihan. Tetapi
haruslah diingat bahawa setiap peruban itu biarlah kerana Allah. Supaya
diakhirat kelak kita tidak melihat timbangan amalan kita berada ditahap yang
rendah akibat tidak meletakkan niat yang betul dalam setiap tindakan. Sebagaimana sabda Nabi:
عن
أمير المؤمنين أبي حفص عمر بن الخطاب (رضي الله عنه) قال: سمعت رسول الله (صلى
الله عليه وسلم) يقول: "إنما الأعمال بالنيات و إنما لكل امرئ ما نوى، فمن
كانت هجرته إلى الله ورسوله، فهجرته إلى الله ورسوله، ومن كانت هجرته لدنيا يصيبها
أو امرأة ينكحها، فهجرته إلى ما هاجـر إليه". (رواه إماما المحدّثين: أبو
عبدالله محمـد بن إسماعيل بن إبراهيم بن المغيرة بن بردزبه البخاري الجعفي، وأبو
الحسين مسلم بن الحجاج بن مسلم القشيري النيسابوري في صحيحيهما اللذين هما أصح
الكتب المصنفة(.
Maksudnya: "Daripada Amirul Mukminin Abu Hafs 'Umar ibn al-Katthab Radhiallahu
‘anhu beliau berkata: Aku mendengar Rasulullah Sallallahu’alaihiwasallam
bersabda: Bahawa sesungguhnya setiap amalan
itu bergantung kepada niat, dan bahawa sesungguhnya bagi setiap orang apa yang
dia niatkan. Barangsiapa yang hijrahnya menuju kepada Allah dan Rasul-Nya, maka
hijrahnya kepada Allah dan Rasul-Nya. Barangsiapa yang hijrahnya kerana dunia
yang dia mahu mencari habuannya, atau kerana seorang perempuan yang dia mahu
kahwininya, maka hijrahnya ke arah perkara yang ditujuinya itu."
Perbaiki akhlak, perindahkan peribadi, tingkatkan amalan kepada
Allah.dan jangan sesekali tinggalkan munajat pada-Nya untuk memohon supaya Dia
memberi kita yang terbaik dalam kehidupan juga keikhlasan dalam beramal.
Apa yang paling penting dalam kehidupan kita adalah kita
recheck semula hubungan kita dengan Allah bagaimana. Perbaiki hubungan kita
dengan Allah dari pelbagai sudut. Sekiranya baik, maka insyaAllah
segala kehidupan kita akan baik, dan sekirannya tidak maka bersedialah dengan
sebarang kemungkinan. Tetapi kita tida sesekali akan lepas daripada ujian-Nya.
Kita baik, tetapi dapat pasangan yang buruk perangai..
Apa yang kita dapat hari ini semua adalah ujian daripada Allah.
Sekiranya pasangan kita itu kurang baik perangainya, maka menjadi tanggungjawab
suami/isteri untuk merubah pasangan mereka untuk menjadi seperti mereka yang
baik. Sekiranya dia masih berperanagi buruk setelah kita menunjukkan yang
terbaik buat pasangan tadi, cuba la recheck semula. Mungkin ada perangai kita
ataupun method yang kita gunakan untuk menarik dia kepada lebih baik itu tidak
sesuai, maka carilahjalan lain untuk memperbaiki mereka. Cuba untuk tidak
sesekali meletakkan kesahan itu kepada pasangan kita, sebaliknya cubalah untuk
muhasabah diri, mungkin kta juga ada salahnya sampai pasangan kita belum berubah
kea rah kebaikan. Namun sekali lagi harus diingat, jagan lupa untuk berdoa
kepada Allah semoga segala usaha itu membawa kebaikan dan juga hasil yang baik.


No comments:
Post a Comment