Monday, April 22, 2013

Kompas Umat Akhir Zaman


.... بسم الله الرحمن الرحيم

Alhamdulillah beberapa minggu lepas aku baru selesai menghabiskan buku bertajuk KOMPAS UMAT AKHIR ZAMAN tulisan ustaz umar Muhammad noor. Selama ini buku itu hanya ku pandang sepi. Padaku buku itu mesti macam buku-buku yang kurang tarikannya. Tapi entah macam mana hatiku tergerak untuk membelek buku itu dan Allah gerakkan tanganku untuk menyelak helaian demi helaian dan hatiku terus terpautdengan setiap kalimah-kalimah yang terkandung di dalam buku itu. Seperti tidak mahu aku meninggalkan setiappatah perkataan yang tertulis pada buku itu. Alhamdulillah tulisan yang sangat menginsafkan aku.

Di dalam buku itu terkandung tentang bagaimana keadaan umat akhir zaman ini juga umat akhir zaman kitika hendak kiamat nanti. Ustaz juga menerangkan bagaimanakah keadaan umat ketika tibanya hari pembalasan kelak. Gambaran yang terdapat pada buku oitu seolah-olah berada di depan mataku.

Jngan jadi orang yang berpenat lelah di dunia tetapi menjadi orang yang rugi di akhirat
Ustaz menerangkan, setiap apa yang kita lakukan di dunia ini hendaklah kita sertakan dengan niat yang betul. Niat yang ikhlas yang semata-mata kerana Allah. Berapa ramai di kalangan kita yang berkerja dengan sungguh serta penat kerana Allah. Jika kita lupa sertakan niat yang betuldalam setiap gerak geri kita nescaya segala perlakuan kita akan menjadi sia-sia di akhirat kelak tanpa di hitung pada amalan kebaikan kita.
Biarlah kita menjadi orang yang berpenat lelah di dunia dan kita bias menuai hasil kepenatan itu di akhirat kelak.

Allah sungguh pemurah dengan menyediakan kita dengan dua pengawal disebelah kiri dan kanan kita. Mereka itu la malaikat pencatat amal baik dan buruk. Betapa pemurahnya Allah, setiap niat yang baik Allah akan beri ganjaran dan setiap niat yang buruk yang belum dilalukan tidak akan dikira lagi sebagai amal keburukan selagi manusia tersebut belum melakakankejahatan tersebut. Tidak lah tertinggal sesuatu apapun dari apa yang kita lakukan ini melainkan segala2nya di catat oleh malaikat. Segala niat, segala perlakuan, segala perbuatan, segala tindakan, segala pertuturan,setiap perkataan tidak aka nada yang tertinggal melainkan segal2nya tercatat dalam buku amalan yang akan kita terima pada hari pembalasan nanti.

Sampaikan salamku kepadanya…. 
Dalam buku ini juga ustaz menerangkan tentang turunnya nabi isa kelak yang akan membunuh dajal yang durjana dan menghapuskan kezaliman yang di perbuat oleh dan dan sekutu-sekutunya. Di ceritakan setelah nabi isa membunuh dajal,nabi isa akan hidup dan memerintah dunia ini selamatujuh tahun mengikut syariat nabi Muhammad. Diceritakan juga bahawa nabi isa akan menikah pada waktu itu. Alangkah bertuahnya siapa yang menjadi isteri nabi Isa ketika itu. Ya Allah pastilah dia seorang perempaun yang baik akhlaknya, yang cantik peribadinya , yang lembut tutur katanya, yang solehah, kerana dia bakal isteri seorang Nabi.. subhanallah.. (terfikir..jauhnya la peribadi aku dari peribadi wanita-wanita solehah).

Apa yang lebih mengharukan dalam buku ni.. akhir zaman nanti, orng2 yang hidup ketika nabi isa memerintahkan dunia ketika itu adalah manusia-manusia yang sangat beruntung. Mereka hidup dalam bimbingan nabi isa yang di rahmati Allah.. (entah kenapa perasaan aku macam rindu bertemu dengan orang-orang soleh pada ketika itu..)

Abu hurairah pernah berkata: siapa yang hidup ketika nabi isa turun, tolong samapikan salamku kepadanya.
Ustaz umar di dalam buku nya ini juga meninggalkan pesan, sesiapa yang membaca buku itu dan masih hidup ketika turun nabi isa nnati tolng sampaikan salam kepadanya.

Aku juga tidak ketinggalan, sesiapa yang membaca tulisan ini dan masih hidup ketika turunnya Nabi Isa nanti dan memerintah dunia ini…tolong sangat2..tolong SAMPAIKAN SALAMKU KEPADANYA. Sungguh aku menantikan dan merindui dia yang menjadi pembela di akhir zaman nanti…

Tika ini..aku benar2 merasakan perasaan itu...rindu pembela kebenaran..rindu untuk melihat tertegaknya Islam..rindu untuk bertemu dan melihat wajah para nabi..subhannalah... kalau tidak bertemu di dunia smoga kita bertemu di akhirat kelak.. 
selawat dan salam buat nabi2 Allah..


No comments:

Post a Comment