Wednesday, May 15, 2013

Dakwah vs Maksiat


بسم الله الرحمن الرحيم...



Alhamdulillah semakin ramai yang sedar tentang wajibnya berdakwah. Suatu ketika dahulu ulama menjelaskan bahawa hukum berdakwah itu cuma fadhu kifayah, tapi melihat kepada keadaan umat sekarang ini semakin, hukum itu telah bertukar kepada fardhu ain. Begitulah fleksibelnya islam. Hukum-hukumnya sesuai dengan keadaan semasa.

Tapi apa yang menyedihkan aku dan sangat-sangat menyentuh hatiku apabila, ramai dikalangan pendakwah memandang enteng dengan sesetengah perkara. Mereka hnya mengambil bahagian mana yang mereka inginkan sebagai landasan mereka dalam berdakwah dan meninggalkan perkara yang lain yang mereka anggapkan sebagai perkara yang tidak penting. Nauzubillah….tidakkah kita takut dengan murka dan ancaman Allah.

Dalil pokok dalam hal ini berdasarkan firman Allah:

"Wahai orang-orang yang beriman! Masuklah agama Islam secara keseluruhan; dan janganlah kamu ikuti langkah-langkah syaitan; sesungguhnya Syaitan memang  musuh kamu yang nyata." (Surah al- Baqarah : ayat 208)

يا أيها الذين ءامنوا لم تقولون ما لا تفعلون)2(  كبر مقتا عند الله أن تقولوا ما لا تفعلون(3)
Wahai orang-orang yang beriman! Mengapa kamu memperkatakan apa yang kamu tidak melakukannya! Amat besar kebenciannya di sisi Allah - kamu memperkatakan sesuatu yang kamu tidak melakukannya.

Sesetengah dari kita(pendakwah)merungut apabila mad’u tidak mahu mendengar seruan kearah kebaikan, bengang dengan tindakan mad’u yang masih tidak mahu mengikut langkah kearah keredhaan Allah, marah bila mad’u menolak ajakan kita menyeru mereka meninggalkan segala keburukan. Kita marah dengan mereka, dendam dengan mereka, dan sesetengah dari kita hanya tersungkur ditengah jalan akibat berputus asa terhadap mad’u. kita hanya menyalahkan mad’u dalam segala hal kerana mereka tidak mahu mengikut dan mendengar seruan kita. Paling tidak pun dalam keadaan tidak sedar kita akan berkata..”alah..dorang tu belum sampai hidayah lagi mungkin..”

Kemungkinan hidayah datang dari kita

Memang benar hidayah itu milik Allah. Tidak ada sesiapa yang dapat menyangkal pernyataan itu. Sedangkan Nabi yang mulia sendiri tidak ada kuasa untuk memberi hidayah kepada manusia apatah lagi, kita manusia yang penuh dosa ini, lagilah tidak layak.

Tetapi siapa sangka, mungkin Allah utuskan hidayah itu melalui kita. Kemungkinan itu sangat besar sekali. Tetapi semua itu bergantung dengan diri kita. Ada dikalangan pendakwah merasa gembira dan bersyukur kerana mereka telah berjaya merubah seseorang kearah kebaikan kerana usahanya yang mulia. Mungkin itu kejayaan pertama. Mungkin juga Allah menguji kita. Sejauh mana kita bersyukur kerana Allah beri kita peluang untuk mengajak orang lain kepada kebaikan. Tetapi aku masih tersangat terkilan apabila dalam tugas berdakwah ke jalan Allah, kita masih lalai,masih bermaksiat dengan-Nya. Dalam keadaan tidak sedar masih melakukan perkara-perkara yang di larang dalam Islam. Allah juga berfirman, agar kita tidak mencampurkan yang hak dengan yang batil.

Dan janganlah kamu campur-adukkan yang haq dengan yang bathil dan janganlah kamu sembunyikan yang haq itu, sedang kamu mengetahui,[42].Dan dirikanlah shalat, tunaikanlah zakat, dan ruku’lah bersama orang-orang yang ruku’ “.[43], { al-Baqarah: 42-43}

Sebagai contoh, seorang berjaya mengajak seseorang kepada kebaikan tetapi dalam masa yang sama masih meninggalkan solat. Seoarng perempuan yang cukup cantik dalam menutup aurat, dan seorang lelaki yang cukup indah dalam menjaga ibadah, tetapi masih keluar berdating…aduh..terasa kepedihan di hati ini…moga Allah memberi juga hidayah kepada kita…

Islahkan hatimu dalam berdakwah…

Jangan sesekali kita menyalakkan sesiapa andainya dakwah kita terhadap orang lain tidak kesampaian. Sebaliknya recheck diri kita semula. Adakah kita sudah cukup baik. Memang betul, kita tidak boleh tunggu sehingga kita benar-benar sempurna dan baik baru boleh berdakwah kerana kita tidak akan pernah sempurna, tapi sama-samalah kita membawa diri dan mendidik diri kearah kesempurnaan. Sentiasa muhasabah diri, apa yang telah kita lakukan, apa dosa yang telah kita lakukan samapai orang lain tidak mahu menerima dakwah kita. insyaAllah semua ini akan menjadi guideline untuk kita menjadi pendakwah yang berjaya.

Sekirannya kita sudah sedia maklum apa yang kita lakukan itu adalah salah, apa yang kita lakukan itu bertentangan dengan ajaran Islam, bertentangan dengan landasan Islam, menyimpang dari jalan Islam, sekirannya apa yang kita lakukan itu adalah maksiat…aku menyeru kepada diriku sendiri dan sahabat2 selain, kita tinggalkanlah perkara itu. Takutlah dengan Allah..takutlah dengan hukum-Nya, kenanglah bagaimana perjuangan Rasulullah. Jangan kita menjadi parasit dalam agama. Jangan kita menjadikan diri kita sebagai saham keburukan kepada agama Islam. Jangan kita menjadikan diri kita asset yang tidak berguna untuk agama dan jangan sesekali kita menjadikan diri kita sebagai agen kepada Yahudi dan bukan Islam akibat melaksanakan Islam dengan tidak sempurna.

Yang penting dalam berdakwah adalah kita sentiasa memperbaiki diri, mengislahkan diri kerah kebaikan dan kesempurnaan ajaran Islam. Jangan jadi dan sesekali mengambil Islam liberal. Islahkan hati, Islahkan diri, insyaAllah kita akan dapat mengislahkan orang lain..the most important thing is, keep our relationship with Allah, don’t let that relation to be broken. Because once you let that things happen, your life will broke also… Islam itu indah, dan lagi indah jika kita suburkan dengan perkara-perkara yang dapat menambah keserian dalam Islam, jangan cemari keindahan itu dengan kekotoran.. luv Islam, Luv Allah and Rasul, then I write this one.

No comments:

Post a Comment