Wednesday, May 22, 2013

RINDU ADIK

...بسم الله الرحمن الرحيم

Hari ni lepas kelas aku masuk kerja di kedai kak gee. Baru jak aku sampai,aku tengok ada seorang pakcik dengan anak perempuan dia yang umurnya lebih kurang dalam 7 atau 8 tahun macam tu la.. ndak tau jugak umur sebenarnya berapa. Ndak aku menanya.

Sementara dorang tengok-tengok buku tu, aku susun sikit barang-barang atas meja sambil susun buku sikit-sikit.. pacik tu ambik buku tulisan ustz Fatimah Syarha. Tajuknya Kisah Haiwan Madinah Zaman Rasulullah… dorang survey la kali isi buku tu..

Aku senyum dengan adik tu..dia senyum jugak dengan aku.. adik tu macam mau buku kak ha tu..tapi macam bapa dia ndak bagi.. bapanya cakap “kalau nak belajar jawi, baik beli buku jawi je pastu belajar, tak payah la nak beli buku yang ada jawi dan tulisan rumi..membazir je..” begitulah lebih kurang ayat bapanya.. aku sudah rasa lain..kesian aku tengok adik tu.. tapi senyum jak la dulu.. baru aku ingat buku kak ha yang haiwan zaman rasulullah tu ada tulisan jawi dengan rumi..

Pastu pacik tu hulur buku tajuk ‘memori terindah tok batin’, buku ni buku untuk kanak-kanak la juga. Buku tu masih dalam plastic lagi.. pacik tu cakap la.. “macam mana nak tau isi dia kalau tak buka?” bha…tekajut la bha saya kn…hehe  aku pun buka plastic tu then hulur semula dengan pacik tu..

Pacik tu tengok anak dia then cakap.. “nak buat apa buku ni adik?”

“Adik suka baca buku…” adik tu cakap sambil buat muka sedih.

Serius adik tu berjaya betul dalam muka sedihnya tu… boleh pula airmata aku bergenang dengar adik tu cakap macam tu.. seriously aku kesian tengok adik tu.. nasib baik bapa dia belikan juga buku tu.. dorang jalan jak terus aku duduk sambil lap airmata… sedih betul aku rasa….aku rindu adik.. aku memang sangat2 rindu dengan dia…

Telatah dia, suara dia, ketawa dia, tangis dia, bebelan dia…semua aku rindu tentang dia..biar pun baru berumur 7 tahun cara dia cakap memang style mama ku cakap..

Adik aku memang seorang yang sangat2 suka baca buku…sejak dia umur 7 bulan lagi memang sudah pandai merangkak tarik buku kakak dengan abangnya… ngam lagi dapat kakak dengan abang yang gila buku…lagi la dia pun mau juga ada buku sendiri kunun…hehe

Apa2 pun adik2 aku memang yang terbaik…semoga adik dengan abang kuat dengan ujian yang turun daripada Allah… ujian itu tarbiyyah dari Allah..moga adik redha dan tabah.. insyaAllah abang dengan kakak akan cuba memahamkan adik dengan keadaan kita sekarang..semoga adik kuat menghadapi ujian ini… kakak rindu adik.. abang pun sama..:D

Wednesday, May 15, 2013

Dakwah vs Maksiat


بسم الله الرحمن الرحيم...



Alhamdulillah semakin ramai yang sedar tentang wajibnya berdakwah. Suatu ketika dahulu ulama menjelaskan bahawa hukum berdakwah itu cuma fadhu kifayah, tapi melihat kepada keadaan umat sekarang ini semakin, hukum itu telah bertukar kepada fardhu ain. Begitulah fleksibelnya islam. Hukum-hukumnya sesuai dengan keadaan semasa.

Tapi apa yang menyedihkan aku dan sangat-sangat menyentuh hatiku apabila, ramai dikalangan pendakwah memandang enteng dengan sesetengah perkara. Mereka hnya mengambil bahagian mana yang mereka inginkan sebagai landasan mereka dalam berdakwah dan meninggalkan perkara yang lain yang mereka anggapkan sebagai perkara yang tidak penting. Nauzubillah….tidakkah kita takut dengan murka dan ancaman Allah.

Dalil pokok dalam hal ini berdasarkan firman Allah:

"Wahai orang-orang yang beriman! Masuklah agama Islam secara keseluruhan; dan janganlah kamu ikuti langkah-langkah syaitan; sesungguhnya Syaitan memang  musuh kamu yang nyata." (Surah al- Baqarah : ayat 208)

يا أيها الذين ءامنوا لم تقولون ما لا تفعلون)2(  كبر مقتا عند الله أن تقولوا ما لا تفعلون(3)
Wahai orang-orang yang beriman! Mengapa kamu memperkatakan apa yang kamu tidak melakukannya! Amat besar kebenciannya di sisi Allah - kamu memperkatakan sesuatu yang kamu tidak melakukannya.

Sesetengah dari kita(pendakwah)merungut apabila mad’u tidak mahu mendengar seruan kearah kebaikan, bengang dengan tindakan mad’u yang masih tidak mahu mengikut langkah kearah keredhaan Allah, marah bila mad’u menolak ajakan kita menyeru mereka meninggalkan segala keburukan. Kita marah dengan mereka, dendam dengan mereka, dan sesetengah dari kita hanya tersungkur ditengah jalan akibat berputus asa terhadap mad’u. kita hanya menyalahkan mad’u dalam segala hal kerana mereka tidak mahu mengikut dan mendengar seruan kita. Paling tidak pun dalam keadaan tidak sedar kita akan berkata..”alah..dorang tu belum sampai hidayah lagi mungkin..”

Kemungkinan hidayah datang dari kita

Memang benar hidayah itu milik Allah. Tidak ada sesiapa yang dapat menyangkal pernyataan itu. Sedangkan Nabi yang mulia sendiri tidak ada kuasa untuk memberi hidayah kepada manusia apatah lagi, kita manusia yang penuh dosa ini, lagilah tidak layak.

Tetapi siapa sangka, mungkin Allah utuskan hidayah itu melalui kita. Kemungkinan itu sangat besar sekali. Tetapi semua itu bergantung dengan diri kita. Ada dikalangan pendakwah merasa gembira dan bersyukur kerana mereka telah berjaya merubah seseorang kearah kebaikan kerana usahanya yang mulia. Mungkin itu kejayaan pertama. Mungkin juga Allah menguji kita. Sejauh mana kita bersyukur kerana Allah beri kita peluang untuk mengajak orang lain kepada kebaikan. Tetapi aku masih tersangat terkilan apabila dalam tugas berdakwah ke jalan Allah, kita masih lalai,masih bermaksiat dengan-Nya. Dalam keadaan tidak sedar masih melakukan perkara-perkara yang di larang dalam Islam. Allah juga berfirman, agar kita tidak mencampurkan yang hak dengan yang batil.

Dan janganlah kamu campur-adukkan yang haq dengan yang bathil dan janganlah kamu sembunyikan yang haq itu, sedang kamu mengetahui,[42].Dan dirikanlah shalat, tunaikanlah zakat, dan ruku’lah bersama orang-orang yang ruku’ “.[43], { al-Baqarah: 42-43}

Sebagai contoh, seorang berjaya mengajak seseorang kepada kebaikan tetapi dalam masa yang sama masih meninggalkan solat. Seoarng perempuan yang cukup cantik dalam menutup aurat, dan seorang lelaki yang cukup indah dalam menjaga ibadah, tetapi masih keluar berdating…aduh..terasa kepedihan di hati ini…moga Allah memberi juga hidayah kepada kita…

Islahkan hatimu dalam berdakwah…

Jangan sesekali kita menyalakkan sesiapa andainya dakwah kita terhadap orang lain tidak kesampaian. Sebaliknya recheck diri kita semula. Adakah kita sudah cukup baik. Memang betul, kita tidak boleh tunggu sehingga kita benar-benar sempurna dan baik baru boleh berdakwah kerana kita tidak akan pernah sempurna, tapi sama-samalah kita membawa diri dan mendidik diri kearah kesempurnaan. Sentiasa muhasabah diri, apa yang telah kita lakukan, apa dosa yang telah kita lakukan samapai orang lain tidak mahu menerima dakwah kita. insyaAllah semua ini akan menjadi guideline untuk kita menjadi pendakwah yang berjaya.

Sekirannya kita sudah sedia maklum apa yang kita lakukan itu adalah salah, apa yang kita lakukan itu bertentangan dengan ajaran Islam, bertentangan dengan landasan Islam, menyimpang dari jalan Islam, sekirannya apa yang kita lakukan itu adalah maksiat…aku menyeru kepada diriku sendiri dan sahabat2 selain, kita tinggalkanlah perkara itu. Takutlah dengan Allah..takutlah dengan hukum-Nya, kenanglah bagaimana perjuangan Rasulullah. Jangan kita menjadi parasit dalam agama. Jangan kita menjadikan diri kita sebagai saham keburukan kepada agama Islam. Jangan kita menjadikan diri kita asset yang tidak berguna untuk agama dan jangan sesekali kita menjadikan diri kita sebagai agen kepada Yahudi dan bukan Islam akibat melaksanakan Islam dengan tidak sempurna.

Yang penting dalam berdakwah adalah kita sentiasa memperbaiki diri, mengislahkan diri kerah kebaikan dan kesempurnaan ajaran Islam. Jangan jadi dan sesekali mengambil Islam liberal. Islahkan hati, Islahkan diri, insyaAllah kita akan dapat mengislahkan orang lain..the most important thing is, keep our relationship with Allah, don’t let that relation to be broken. Because once you let that things happen, your life will broke also… Islam itu indah, dan lagi indah jika kita suburkan dengan perkara-perkara yang dapat menambah keserian dalam Islam, jangan cemari keindahan itu dengan kekotoran.. luv Islam, Luv Allah and Rasul, then I write this one.

Wednesday, May 01, 2013

PERBAIKI DIRI MU, KAU AKAN DAPAT YANG TERBAIK…


   بسم الله الرحمن الرحيم


Semakin ramai yang berbicara soal jodoh. Semakin ramai juga yang berumahtangga membina masjid untuk kebahagiaan dunia dan insyaAllah hasilnya akan dituai di akhirat nanti. Semakin ramai umat Nabi Muhammad yang ingin mengikut jejak baginda dalam mengharungi kehidupan rumah tangga.

Beberapa orang sahabat-sahabatku pernah berbicara sesama mereka dan saling bertanyakan bagaimanakah ciri-ciri pasangan yang mereka dambakan. Aku hanya tersenyum. Tapi Alhamdulillah melalui pembacaan dan pendengaran aku semakin tahu ke mana arah jawapan untuk soalan itu.

Improve Yourself, You Will Get The Best..
Iya..itu la jawapan sebenarnya. Aku pernah membaca buku tulisan ustz Fatimah Syarha yang mengatakan, jodah kita memang telah Allah tentukan di Loh Mahfuz tetapi perangainya akan bergantung sebagaimana perangai kita.

Aku juga pernah mendengar kata-kata Dr. Muhaya.. dalam mencari jodoh kita akan menarik magnet yang sama dengan kita. Apabila kita seorang yang baik maka kita akan menarik orang-orang yang baik untuk dekat dengan kita. Sebab itu kadang-kala kita lihat ada yang orang yang jahat akan berkahwin dengan orang yang jahat juga kerana dia menarik magnet yang sama untuk mendekati dirinya.

Maka jika begitu tidak syak lagi firman Allah di dalam surah an-Nur  ayat 26:

"الخبيثت للخبيثين والخبيثون للخبيثت، والطيبت للطيين والطيبون للطيبت، أولئك مبرءون مما يقولون، لهم مغفرة ورزق كريم"

Maksudnya: “perempuan-perampuan yang keji untuk lelaki yang keji,dan lelaki yang keji untuk perempuan yang keji(pula),sedangkan perempuan-perempuan yang baik untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik untuk perempuan yang baik(pula). Mereka itu bersih dari apa yang dituduh orang. Mereka memperoleh ampunan dan rezeki yang mulia(syurga).”

Ustaz Pahrol juga mengatakan, kita akan dapat apa yang kita beri. Jadi maksudnya, sekiranya kita berperangai baik, maka kita akan dapat yang terbaik, sekirannya kita berperangai buruk kita akan dapat yang serupa itu juga.

Pilihan di tangan kita sebenarnya untuk membuat pilihan. Tetapi haruslah diingat bahawa setiap peruban itu biarlah kerana Allah. Supaya diakhirat kelak kita tidak melihat timbangan amalan kita berada ditahap yang rendah akibat tidak meletakkan niat yang betul dalam setiap tindakan. Sebagaimana sabda Nabi:
عن أمير المؤمنين أبي حفص عمر بن الخطاب (رضي الله عنه) قال: سمعت رسول الله (صلى الله عليه وسلم) يقول: "إنما الأعمال بالنيات و إنما لكل امرئ ما نوى، فمن كانت هجرته إلى الله ورسوله، فهجرته إلى الله ورسوله، ومن كانت هجرته لدنيا يصيبها أو امرأة ينكحها، فهجرته إلى ما هاجـر إليه". (رواه إماما المحدّثين: أبو عبدالله محمـد بن إسماعيل بن إبراهيم بن المغيرة بن بردزبه البخاري الجعفي، وأبو الحسين مسلم بن الحجاج بن مسلم القشيري النيسابوري في صحيحيهما اللذين هما أصح الكتب المصنفة(.

Maksudnya: "Daripada Amirul Mukminin Abu Hafs 'Umar ibn al-Katthab Radhiallahu ‘anhu beliau berkata: Aku mendengar Rasulullah Sallallahu’alaihiwasallam bersabda: Bahawa sesungguhnya setiap amalan itu bergantung kepada niat, dan bahawa sesungguhnya bagi setiap orang apa yang dia niatkan. Barangsiapa yang hijrahnya menuju kepada Allah dan Rasul-Nya, maka hijrahnya kepada Allah dan Rasul-Nya. Barangsiapa yang hijrahnya kerana dunia yang dia mahu mencari habuannya, atau kerana seorang perempuan yang dia mahu kahwininya, maka hijrahnya ke arah perkara yang ditujuinya itu."

Perbaiki akhlak, perindahkan peribadi, tingkatkan amalan kepada Allah.dan jangan sesekali tinggalkan munajat pada-Nya untuk memohon supaya Dia memberi kita yang terbaik dalam kehidupan juga keikhlasan dalam beramal.
Apa yang paling penting dalam kehidupan kita adalah kita recheck semula hubungan kita dengan Allah bagaimana. Perbaiki hubungan kita dengan Allah dari pelbagai sudut. Sekiranya baik, maka insyaAllah segala kehidupan kita akan baik, dan sekirannya tidak maka bersedialah dengan sebarang kemungkinan. Tetapi kita tida sesekali akan lepas daripada ujian-Nya.

Kita baik, tetapi dapat pasangan yang  buruk perangai..
Apa yang kita dapat hari ini semua adalah ujian daripada Allah. Sekiranya pasangan kita itu kurang baik perangainya, maka menjadi tanggungjawab suami/isteri untuk merubah pasangan mereka untuk menjadi seperti mereka yang baik. Sekiranya dia masih berperanagi buruk setelah kita menunjukkan yang terbaik buat pasangan tadi, cuba la recheck semula. Mungkin ada perangai kita ataupun method yang kita gunakan untuk menarik dia kepada lebih baik itu tidak sesuai, maka carilahjalan lain untuk memperbaiki mereka. Cuba untuk tidak sesekali meletakkan kesahan itu kepada pasangan kita, sebaliknya cubalah untuk muhasabah diri, mungkin kta juga ada salahnya sampai pasangan kita belum berubah kea rah kebaikan. Namun sekali lagi harus diingat, jagan lupa untuk berdoa kepada Allah semoga segala usaha itu membawa kebaikan dan juga hasil yang baik.