.... بسم الله الرحمن الرحيم
Alhamdulillah beberapa minggu lepas aku baru selesai menghabiskan
buku bertajuk KOMPAS UMAT AKHIR ZAMAN tulisan ustaz umar Muhammad noor. Selama
ini buku itu hanya ku pandang sepi. Padaku buku itu mesti macam buku-buku yang kurang
tarikannya. Tapi entah macam mana hatiku tergerak untuk membelek buku itu dan
Allah gerakkan tanganku untuk menyelak helaian demi helaian dan hatiku terus
terpautdengan setiap kalimah-kalimah yang terkandung di dalam buku itu. Seperti
tidak mahu aku meninggalkan setiappatah perkataan yang tertulis pada buku itu.
Alhamdulillah tulisan yang sangat menginsafkan aku.
Di dalam buku itu terkandung tentang bagaimana keadaan umat akhir
zaman ini juga umat akhir zaman kitika hendak kiamat nanti. Ustaz juga menerangkan
bagaimanakah keadaan umat ketika tibanya hari pembalasan kelak. Gambaran yang
terdapat pada buku oitu seolah-olah berada di depan mataku.
Jngan jadi orang yang berpenat lelah di dunia tetapi menjadi orang
yang rugi di akhirat
Ustaz menerangkan, setiap apa yang kita lakukan di dunia ini
hendaklah kita sertakan dengan niat yang betul. Niat yang ikhlas yang
semata-mata kerana Allah. Berapa ramai di kalangan kita yang berkerja dengan
sungguh serta penat kerana Allah. Jika kita lupa sertakan niat yang betuldalam
setiap gerak geri kita nescaya segala perlakuan kita akan menjadi sia-sia di
akhirat kelak tanpa di hitung pada amalan kebaikan kita.
Biarlah kita menjadi orang yang berpenat lelah di dunia dan kita
bias menuai hasil kepenatan itu di akhirat kelak.
Allah sungguh pemurah dengan menyediakan kita dengan dua pengawal
disebelah kiri dan kanan kita. Mereka itu la malaikat pencatat amal baik dan
buruk. Betapa pemurahnya Allah, setiap niat yang baik Allah akan beri ganjaran
dan setiap niat yang buruk yang belum dilalukan tidak akan dikira lagi sebagai
amal keburukan selagi manusia tersebut belum melakakankejahatan tersebut. Tidak
lah tertinggal sesuatu apapun dari apa yang kita lakukan ini melainkan
segala2nya di catat oleh malaikat. Segala niat, segala perlakuan, segala
perbuatan, segala tindakan, segala pertuturan,setiap perkataan tidak aka nada
yang tertinggal melainkan segal2nya tercatat dalam buku amalan yang akan kita
terima pada hari pembalasan nanti.
Sampaikan salamku kepadanya….
Dalam buku ini juga ustaz menerangkan tentang turunnya nabi isa
kelak yang akan membunuh dajal yang durjana dan menghapuskan kezaliman yang di
perbuat oleh dan dan sekutu-sekutunya. Di ceritakan setelah nabi isa membunuh
dajal,nabi isa akan hidup dan memerintah dunia ini selamatujuh tahun mengikut
syariat nabi Muhammad. Diceritakan juga bahawa nabi isa akan menikah pada waktu
itu. Alangkah bertuahnya siapa yang menjadi isteri nabi Isa ketika itu. Ya
Allah pastilah dia seorang perempaun yang baik akhlaknya, yang cantik peribadinya
, yang lembut tutur katanya, yang solehah, kerana dia bakal isteri seorang
Nabi.. subhanallah.. (terfikir..jauhnya la peribadi aku dari peribadi
wanita-wanita solehah).
Apa yang lebih mengharukan dalam buku ni.. akhir zaman nanti, orng2
yang hidup ketika nabi isa memerintahkan dunia ketika itu adalah
manusia-manusia yang sangat beruntung. Mereka hidup dalam bimbingan nabi isa
yang di rahmati Allah.. (entah kenapa perasaan aku macam rindu bertemu dengan
orang-orang soleh pada ketika itu..)
Abu hurairah pernah berkata: siapa yang hidup ketika nabi isa
turun, tolong samapikan salamku kepadanya.
Ustaz umar di dalam buku nya ini juga meninggalkan pesan, sesiapa
yang membaca buku itu dan masih hidup ketika turun nabi isa nnati tolng
sampaikan salam kepadanya.
Aku juga tidak ketinggalan, sesiapa yang membaca tulisan ini dan
masih hidup ketika turunnya Nabi Isa nanti dan memerintah dunia ini…tolong
sangat2..tolong SAMPAIKAN SALAMKU KEPADANYA. Sungguh aku menantikan dan
merindui dia yang menjadi pembela di akhir zaman nanti…
Tika ini..aku benar2 merasakan perasaan itu...rindu pembela kebenaran..rindu untuk melihat tertegaknya Islam..rindu untuk bertemu dan melihat wajah para nabi..subhannalah... kalau tidak bertemu di dunia smoga kita bertemu di akhirat kelak..
selawat dan salam buat nabi2 Allah..