Monday, April 01, 2013

Pilihan



...بسم الله الحمن الرحيم

Sedar atau tidak, sebenarnya kehidupan kita sebagai manusia sering dihadapkan  dengan pilihan..ada diantara kita kadang-kala kecundang dalam membuat pilihan. Kita seharusnya membuat pilihan yang terbaik dalam kehidupan. Jangan sampai keputusan itu bisa memudharatkan Islam juga kehidupan kita sebagai muslim.

Kita kadang-kala harus memilih samada mahu makan nasi atau sekadar makan roti, mahu minum air kosong atau minum air berkabornat, mahu hadiri kelas atau mahu ponteng kelas, mahu buat baik atau buat jahat, mahu lakukan yang sunat atau lakukan yang wajib,mahu tinggalkan yang makruh atau tinggalkan yang haram dan sebagainya lagi. Telalu banyak perkara yang kita tidak sedari bahawa kita sudah tersalah langkah dalam memilih. Dalam memilih pasangan juga kita harus berhati-hati, jangan sampai terdorong nafsu semata tanpa memikirkan agama.

Bagaimana cara kita hendak memilih sesuatu dalam kehidupan seharian?? Bagaimana hendak kita pastikan bahawa kita sudah memilih sesuatu perkara yang tepat dalam kehidupan kita???

Muhammad hasan basri dalam bukunya bibilografi nafsu menceritakan bahawa jika kita berhadapan dengan banyak perkara kebaikan, yang mana jika kita melakukan perkara itu pasti kita akan beroleh pahala, pilihlah yang mana hati kamu paling jauh untuk melakukan perkara itu. Sebagai contoh, membantu seorang tua yang dalam kesusahan, atau membantu seoarng perempuan yang hampir bersalin, atau menghadiri majlis ilmu??rasa2nya, mana 1 yang perlu kita utamakan dahulu?? Hasan Basri menerangkan bahawa nafsu kita ini lebih jauh atau malas atau juga tidak cenderung untuk melakukan kebaikan, dan nafsu akan selalu mengajak kita unruk menjauhkan diri dari mendapat pahala.

Tidak semua perkara kita mengunakan pendapat ini. Adakalanya kita harus mengikuti pertimbangan akal. Kadang-kala juga manusia cenderung untuk melakukan yang mana lebih menenteramkan jiwa. Ya..itu tidak dinafikan, setiap manusia itu pasti akan memilih sesuatu yang sangat tepat dan cocok dengan hatinya.

Apa-apa pun pilihlah sesuatu perkara itu mengikut keredhaan Allah dan yang dihalalkan Islam. Jangan sampai kita meninggalkan yang wajib semata-mata untuk melakukan yang perkara-perkara sunat. Jangan sampai kita tinggalkkan yang makruh, tapi kita tidak sedar kita berbuat sesuatu yang haram dan dilarang agama..nauzubillah…

Sebaiknya dalam setiap perkara yang kita lakukan sebagai hamba kepada Tuhan yang Esa, selayaknya kita memohon petunjuk dari Allah dan keberkatan dalam setiap pilihan yang kita lakukan dalam kehidupan..
Allahualam.. 

2 comments:

  1. harap bermanfaat utk islam kn kak:) dr.muhaya kata, sebaiknya setiap hari kita kena lakukan solat istikarah sebab setiap hari kita akanberdepan dgn keadaan untuk kita membuat pilihan. smga Allah menunjukkn jalan yg terbaik dlm kehidupan:)

    ReplyDelete