Wednesday, November 27, 2013

THE JAKUNZ d’JOGJA: Pengembaraan yang Membahagiakan

....بسم الله الرحمن الرحيم

Fuhh..fuhh..(tiup habuk).. habis berhabuk blog aku.. berbulan2 ndak diupdate. berbulan2 tidak mencoret sesuatu untuk dikongsi. hari ni aku kembali..kihkihkih membawa cerita yang selalu lekat di hati. :) 


Perjalananku bersama sahabat-sahabat sekelasku selama 4 hari bermula 28hb okt-31 nov 2013 sememangnya menjanjikan pengalaman yang sungguh indah untuk dikenang dan juga sesuatu yang sangat sulit untuk dilupakan.

Detik keberangkatan
Kami bertolak dari usim ke lcct. Sejak dari awal aura kegembiraan dapat ku rasakan. Ada di kalangan sahabat2ku yang teruja kerana sebentar lagi akan menaiki kapal tebang. Ada juga yang rasa gementar kerana tidak pernah menaiki belon(bhsa Sarawak). Tidak kurang juga yang sibuk untuk mengupdate status agar bisa di doakan oleh sahabat2 yang berada di Malaysia. Iya la.. bakal meninggalkan Malaysia bt sementara waktu.. wasiat juga harus ditinggalkan. J


Antara yang seronok sebelum berangkat pergi ini ialah, Kesibukan menukar duit daripada ringgit Malaysia kepada rupiah. Kepeningan dalam mengira matawang. Kekecohan dalam mengatur siapa yang akan membawa itu dan ini. Sungguh, ia sesuatu yang sangat indah untuk dikenang. J

ni masih dalam bas USIM. otw pigi airport









Saat ketibaan
Kami tiba di lapangan terbang adisujipto pada jam 1.30 waktu Indonesia. Waktu Indonesia laju sejam dari Malaysia. Kalau di Indonesia jm 10 a.m, di Malaysia pula jam 11 a.m. kami disambut oleh sahabat kepada kak zafirah. Kak zafirah orang singapura merangkap timbalan pengarah program ini. Pengarah program lawatan kami ni Tarmizi. Kami di sambut oleh sahabat kak zafirah yang namanya khairul. Khairul di temani seorang temannya Huzaifah(dia bilang, nama pura2nya Ude') dan ustaz mereka, ustaz Endi. Selain itu ada juga ustaz muhajir, dan saudara syarif. Mereka semua ini yang banyak membantu kami sepanjang kami berada di Jogjakarta.

Setibanya kami pada hari pertama itu kami terus di bawa ke medan selera yang memang menyelerakan. Sesuatu yang sangat lucu dan mencuit hati ialah, kami berebut-rebut mau mengoder minuman. Iya la, cuaca panas, memang haus la kan.huhu kami pun order la air tea. Dengan penuh bangganya lagi tu mengorder. Ndak lama lepas tu air yang di pesan pun tiba..hihi apa lagi, minum la..tiba2 semua buat muka pelik.. ;) ndak sangka lain pula rasa teh jogja dengan teh Malaysia. Maka beruntung la kepada sahabat2ku yang mengorder air lemon pada waktu tu..hihi serius mula2 aku pun ndak dapat minum..tapi aku hentam juga kasi habis. Hari first memang ndak habis la. Di sini aku semakin mengenali sahabat2ku ini. Apabila mereka tahu sebahagian dari kami ndak dapat menelan air teh tu, dorg yg lain dengan berlapang dada sanggup berkongsi minuman dengan kami pengoder2 air teh.huhu sungguh sahabt2ku sngt prihatin terhadp satu dgn yg lain. Selesai makan, solat dan ambil gambar sikit(sikit?? Aku rasa memang teruk juga kamera ari tu..ndak dapat tu kamera berehat..hihi) kami pun terus ke tempat penginapan. Tempat penginapan kami agak jauh juga la dari airport. Hampir 2 jam baru sampai. But very happy journey.. J

lapangan terbang adisujipto

nampakkah muka2 exited tu..hihi

teh depan fiza tu la teh yang terbaik.. sedap bah orang bilang :)

idaaa..senyum sikit..hihi

kesian kak za..sikit dia tenggelam oleh kak rahmah..huhu

Lawatan kami

Hari kedua kami banyak melawat. Kami melawat, ke PUTM, ke UMY(universitas muhammadiyyah Yogyakarta). Suatu rezeki buat kami apabila kami di undang ke UMY untuk majlis rasmi bersama Rektor university itu (rector kalau dalam bhs melayu naib canselor). Kami di raikan dengan baik sekali. Pada sangkaan awal, ingatkn ini Cuma lawatan university, rupanya ada diskusi sekali.. memang rezeki apabila kami berpeluang bertemu dan berkongsi cerita dengan semua tenaga pengajar(dosen-dosen=pensyarah) juga dengan semua mahasiswanya.


Dr. Mahazan dn Rektor UMY


Sesuatu yang sangat menarik ialah, orang-orang di jogja sangat peramah. Seketika menapak di UMY aku sempat berkenalan dengan mahasiswinya yang bernama Sarina (berasal dr Thailand) dan juga sempat bertukar-tukar cerita dengan pensyarah yang sangat baik hati iaitu Ustazah Fitri.
Selain itu kami juga sempat mengunjungi dan bersolat sebentar di masjid yang mana masjid itu sangat popular sebagai tempat lakonan filem Sang Pencerah.

Kami juga selamat sampai ke muzium jogja yang menyimpan sejarah-sejarah Indonesia. Semua lukisan dan hasil pembuatan dalam muzium itu kelihatan macam gambar yang benar2 belaka. Macam gambar hidup. Dorang sangat kreatif.

Kami juga sampai ke istana lama raja/sultan Indonesia yang telah digunakan suatu ketika dahulu untuk kegunaan di raja dan menyempurnakan segala adat-istiadat diraja. Suatu yang unik apabila pekerja yang menerangkan susur galur dan segala cerita tentang raja itu mengatakan :

“raja kerja untuk rakyat. Rakyat boleh berjumpa dengan rajanya pada bila2 masa sahaja. Samada di kantornya(pejabat) atau di rumahnya..” wow..kami sungguh terpegun.. kalau di Malaysia, memang kempunan la mau tengok raja secara live.. huhu



Kami sempat bertandang ke pharambanan yang sangat unik hasil reka bentuknya. Ini adalah tempat pemujaan. Ada yang datang ke sini untuk berdoa. Berlainan orang, berlainan matlamatnya datang ke tempat tempat ini. Uniknya, kalau masuk ke kawasan pharambanan ni, kena pakai kain batik putih dan di ikat di pinggang. Tujunannya?? Aku pun kurang tahu. Tanda sebagai pelawat kali.



Kami juga di bawa melawat kampus puteri PUTM. Di sini aku rasa sangat teruja. Layanan orang2 dari jogja memang sangat osem. Ada sahaja yang di hidangkan untuk santpan. Bak kata seorang sahabat ku.. “ selama di jogja ni, aku x sempat rasa lapar pun…”hihi dan itu sangat betul. Pelajar2 puteri PUTM sangat peramah. Aku boleh lagi jumpa orang yang sama nama dengan aku..hihi kecoh sebentar.huhu kami boleh berkongsi cerita dengan rancaknya. Kami boleh bergelak-ketawa dengan riangnya.. Allah sungguh indah.. padahal kenal ndak sampai sejam pun.. manisnya ukhuwah. Waktu ini aku teringat, bagaimana suatu ikatan boleh terasa tersangat akrab dan indah dalam jangka masa yang sangat singkat? Waktu itu juga aku tringat pesan seorang murabbi..

“bila kita bawa hati kepada orang lain, maka mereka akan beri hati juga.. itulah ikatan yang ikhlas. Niat yang baik untuk berukhuwah kerana Allah pasti Allah tautkan hati2 itu..”



sungguh benar kata2 itu., aku melihat semua teman2 ku seperti itu. Mereka boleh berlagak seperti kakak dengan adik, abang dengan adik, seperti adik beradik dalam masa yang sangat singkat. Aku pasti semua sahabat2ku datang dengan hati dan semua yang menyambut kami sejak dari airport, juga yang menyambut kami di PUTM, UMY juga menyambut kami dengan hati.. mudah2an Allah menjaga hati2 ini. Moga Allah memelihara ikatan persaudaraan ini.. J

Pujian sebagai motivasi

Suatu yang sangat memotivasikan aku ketika berkunjung ke UMY adalah sifat pensyarah-pensyarahnya yang sangat meraikan para pelajar. Pelajar ingin mengajukan soalan di sokong oleh pensyarah. Malah memuji2 pelajar setelah pelajar selesai menanyakan soalan. Secara psikologinya, pujian dan penghargaan itu akan meningkatkan prestasi. Dalam sistem pengurusan juga, pekerja yang berkerja di bawah kekuasaan seorang majikan yang menghargainya akan dapat meningkatkan prestasi dan menghasilkan mutu kerja yang sangat baik. 

Sungguh, hatiku tercuit...

Terlalu banyak peristiwa lucu yang ingin ku nukilkan. Tapiku tidak mampu..(malas sdh menulis sbnrnya..hihi)
Tapi apa yang aku ingat ialah, pantang sahaja berhenti d traffic light, mesti aku dengan kak irah akan berdiri dan mencari sesuatu. Siapa tau apa yang kami cari?? Kami mengintai para pengemis dan peminta sedekah yang sangat banyak berkeliaran di jogja. Pengemis bukan tiada di Malaysia, tetapi lebih banyak di Indonesia. Sedikit sebanyak hati menjadi sayu. Tapi dalam kesayuan ada kelucun(tiba2 pula). Ndak.. bukan mau mengarut..begini ceritanya…

Macam biasa, berhenti di traffic light, aku dgn kak irah berdiri.. kawan2ku panggil, “sini2., mari tengok orang ni..” aku dgn kak irah pun laju la mau tengok kn. Orang tu memang pakai baju compang-camping dan agak burukla pakaiannya. Pengemis tu tertunduk2 macam tengah tengok telefon.
“weii..dia ada telefon la..” aku ndak ingat siapa yang cakap ni..hihi kami tengok jak orang tu.. memang lucu.. sekali dia tarik telefonnya, dia mau kasi masuk telefonnya dalam poket, sempat lagi dia menaip. Aku dgn kawan2ku terdiam dan saling berpandangan dan pecah ketawa kami lepas tu. Macam mana la ndak ketawa, telefon dia telefon mahal tu.. perghhh kalah telefon kami..huhu bas jalan..aku dengan kak irah start buat dialog..
“dia tgh update status kot kn..”
“dia update‘alamak pendapatan kurang la hari ni’..”, hahaha.. memang pecah ketawa kami2 yang duduk bhgian belakang tu.. lucu bah.. ‘pengemis dan telefon canggih’..mana mau cari..hihi hanya ada di jogja J

kamu nampak tu telefonnya??hihi 



Cerita lain lagi.. biasa la banyak jalan, kadang2 penat sudah duduk.. benda yang selalu suhailah cakap dengan aku yang aku selalu ingat..
“suri..awak jangan duduk ye..saya nak letak beg..” itu la kata2 suhailah..hampir setiap hari..
“oh..ok2 su..ndak pa..sy ndak duduk pun ndak pa2..yang penting beg awk dapat duduk..” hihihi itu la jawapanku.. semua ini gurauan jak.. suhailah memang kuat mengarut..

Aku rasa kak hanan adalah orang yang paling gembira. Macam mana ndak gembira.. 29hb oktober, iaitu hari kedua kami di jogja adalah birthday dia.. ni memang BEST MOMENT la orang bilang. Kami ramai2 nyanyikan dia lagu selamat hari jadi.. J yang paling mahal tu bila mok@nazri nyanyi kan dia lagu “sandiwara cinta” dr kump republik. Memang terbaik la.. meriah satu bas bila nazri nyayi untuk kak hanan.haha sampai sekarang, bila ingat lagu 2 ingat peristiwa ni..hihi

Yang paling ndak boleh lupa, pantang Nampak kamera semua pakat lari kejar tukang gambar. Maka amat rugi la yang menjadi juru kamera ketika ini..hihi part ambil gambar ni semua ndak terlepas. Lelaki perempuan semuanya sama. Pantang Nampak kamera.. yg ayu2 pun kalau Nampak kamera hilang ke’ayu’an terus..hihi (jgn marah ah)..

Ada lagi cerita lucu.. ni 3 orang hamba Allah jak tau cerita ni..hihi time kami d istana tu.. hamba Allah yg first round2 la kunun.. jadi berhenti di satu sudut.. ada tingkap.. dia pun tinguk2 la pemandangan di luar tu.. hamba Allah kedua pun menegur..
Hamba Allah 2: “hamba Allah 1 (ndak la dia sebut hamba Allah 1, dia sebut nama la).. apa yg ko tengok tu?”
Hamba Allah 1: “aku tengok pemandangan sekeliling, cuba ko tgk di atas tu..best kn..” sambil senyum2 lagi..
Hamba Allah 2: “ko tau tak depan tu toilet? Toilet lelaki pula tu..” sambil ketawa hamba Allah itu bertanya.
Hamba Allah 1: “Astagfirullah..ya Allah.. aku xde niat nk mengintai.. aku x perasan pun tu toilet lelaki.. ya Allah..mati la aku..” sambil jalan menjauhi tingkap.. memang hamba Allah ke2 dan ke3 tu ketawa jak mentertawakan hamba Allah pertama. Fuh.. nasib baik selamat..hahaha

Tawar menawar

Memang waktu shopping adalah waktu yang sangat dinanti-nantikan oleh semua orang. Kami di bawa ke Malioboro untuk memborong barang yang mau di bawa pulang ke Malaysia. Kami sudah diberitahu awal2 lagi, semua kena bijak dan pandai tawar-menawar supaya boleh dapat lebih murah lagi.. rupanya malioboro tu macam masjid jamek juga. Tapi lagi banyak orangnya. Memang tersangat-sangat sesak. Aku sampai ndak berani mau jalan. Sekali aku belanggar dengan 1 orang lelaki terus aku pigi siring2 jalan dan berhenti. Aku ndak berani sudah mau kejar kawan aku dalam keadaan sesak. Aku dengan kak ida yang tertinggal. Nasib baik budak2 lelaki tu belum jalan. Dorang suruh aku dengan kak ida jalan dulu. Fuh.. selamat.. sekali rasa lega time sudah masuk bahagian dalam2..lenggang sudah.(terasa macam adik2 yang sedang di jaga oleh abang2nya)haha.. ~perasan~~~

orang hebat sedang buat tawar manawar..hihi kak ira membeli, syarif tolong promote


Ada juga peristiwa lucu di malioboro ni..hihi time sebahagian kawan-kawan yang lain sibuk tawar-menawar, kami yang lain sibuk menunggu dorang dan sambil2 tu tengok gelagat-gelagat manusia yang lalu lalang di situ. Tiba-tiba ada satu moskot warna hijau datang minta sedekah dengan orang2 di sekitar itu. Kak irah ambil gambar dia.. mungkin moskot tu ingat orang suka dengan dia, dia pun datang dekat-dekat kami.hihi sambil hulur plastiknya, dia minta untuk diisikan duit dalam plastiknya tu. Kami pun kelam-kabut sekejap mau meloloskan diri dari moskot tu. Hihi budak2 lelaki kasi ketawa jak kami bila moskot tu datang dekat. (adakah patut?? Emm..tak patut macik..huhu) nasib baik dia ndak lama.. dia pun bergerak mencari rezeki di tempat lain..hihi

Sampai di kawasan tempat yang memang tempat memborong, kami pecah dua kumpulan bagi memudahkan pergerakan. Apa lagi, memang best moment la main tawar-menawar. Haha orang yang paling hebat dalam kes tawar-menawar ni ialah kak Munirah Mohd Noor. Ada juga anak muridnya, kak Rahmah dengan angah.. yang dua orang ni pun ratu tawar-menawar juga. Mulanya kami berpisah, tapi akhirnya kami berjumpa juga.. lagi la hebat kes tawar-menawar ni. Sampai aku ndak dapat mau membeli sebab macam mau pecah perut aku ketawa tengok gelagat kawan-kawanku yang sangat hebat main tawar ni. Tapi kak irah ndak pentingkan diri sendiri. Lepas dia sudah habis beli, bila ada di antara kami yang mahu membeli dia tolong tawarkan.. katanya kepada penjual..

“mbak..dia ini teman saya.. kamu harus kurangkan juga harganya..”

Seriously aku terharu sebenarnya. Aku bukan x pandai tawar-menawar ni, tapi aku x berapa minat..huhu kalau orang cakap itu harganya, itu la yang aku bayar. Nasib baik ada kawan2, terutamanya kak irah.terima kasih banyak kak irah.. bukan dengan aku seja..kawan2 yang lain pun kak irah tolong tawarkan juga..                                        
Lepas kami habis shopping, memang ndak terasa bah kepenatan tu. Sedar2 lagi memang masing2 berlambak sudah barang ditangan. Mau jalan pigi tempat paking bas memang suatu yang memenatkan dan paking bas pun agak jauh la jugak. Jadi sahabat2 yang dari jogja mencadangkan kami naik kereta kuda. Macam beca. Kalau di Indonesia di panggil andong. Wah…memang kami sangat teruja la kan..tapi serius memang best naik kerata kuda. Hihi yang ndak boleh tahan tu walaupn penat2, sempat lagi semua lari2 kejar kamera sambil tunjuk barang masing2..haha kecomelan jak semua J



Last day at gunung merapi      

Hari terakhir kami di bawa ke kawasan gunung merapi. Suatu ketika dahulu gempar apabila gunung merapi telah meletus. Gunung merapi akan meletus setiap 4 tahun sekali. Tahun 2014 adalah tahun ke 4. Semasa kami ke kawasan itu, kami sempat d bagitau gunung merapi itu akan memuntahkan isinya pada bila2 masa sahaja. Sungguh sayu hati ini melihat kekuasaan Allah. Allah berhak melakukan apa sahaja mengikut kemahuan-Nya. Apa yang pasti ujian yang turun itu bukan lah untuk menzalimi hamba-hamba-Nya, sebaliknya menguji siapa yang paling beriman di kalangan mereka (surah al-ankabut ayat 2-3).



Gunung merapi berdekatan dengan tempat penginapan kami. Kawasan gunung ini dapat aku gambarkan seperti suasana di kundasang sabah. Walaupun cuacanya panas, tetapi anginnya, subhannallah, sangat sejuk. Sesuatu yang sangat menakjubkan ialah, dalam masa 2 tahun selepas gunung merapi meletus tumbuh-tumbuhan hidup dengan suburnya. Sesuatu yang jarang terjadi. Tanah2 dan batu2 hasil daripada letusan gunung merapi itu sangat bermanfaat buat penduduk sekitar gunung merapi. Tanah hitam akibat letusan itu di gunakan untuk tujuan penanaman dan hasilnya sangat baik, dan sememangnya tanah hitam adalah tanah yang paling sesuai untuk bercucuk tanam.

Disebalik ujian Allah buat penduduk jogja, terselit 1001 nikmat yang sangat bermakna dari-Nya. Walaupun letusan itu memusnahkan banyak benda, tetapi Allah gantikannya dengan sesuatu yang lebih baik. Sungguh Allah itu maha Adil.

Apa yang lebih menarik melalui penglihatanku, penduduk jogja ini menjadi lebih kreatif. Ujian daripada Allah menjadikan mereka mencuba pelbagai cara untuk mencari rezeki dan mencuba sesuatu untuk menyara kehidupan seharian. Mereka tidak hanya duduk berdiam diri di rumah dan menunggu rezeki dari langit turun, tetapi mereka tetap berusaha dan terus berusaha. Kami sempat melihat 2 orang nenek yang sudah bongkok membawa kayu api di belakang, sampai begitu sekali usaha mereka untuk mencari rezeki. Reality di Malaysia ini, sangat berbeza pada pandanganku. Tidak dinafikan banyak yang berusaha keras juga, tetapi kebanyakan mereka mahu hidup senang tanpa bersusah payah. Mengharap datangnya rezeki, tapi tidak mahu berusaha. Macam2 gelagat manusia.  
               
hebatkan nenek ni..orang muda pun belum tentu dapat bawa apa yg dia bawa ni.. 

kenikmatan ukhuwah dari pengembaraan 

Aku tidak tahu, adakah ini perasaan aku seorang atau sahabat2 ku juga merasainya, aku tidak tahu. Aku rasakan perjalanan ini menambahkan keakraban kami semua. Langsung tidak ada perselisihan. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar. Kemesraan semakin terasa. Sifat malu itu wajar dan sememangnya akan terus wujud dalam diri masing2. Tetapi, sudah mampu dikawal. Yang rapat semakin rapat, yang jauh semakin dekat, yang serius semakin manis.. semuanya indah2 belaka J Semuanya bagaikan 1 keluarga yang saling memerlukan.

Allah menganjurkan supaya manusia berjalan bertebaran di muka bumi untuk mencari rezeki, juga agar kita dapat mengambil pengajaran.

Sekalung Penghargaan
Allahhamdulillah segala puji selayak2nya buat Allah s.w.t kerana dengan izin dari-Nya lah kita berpeluang ke tempat orang. Syukur atas segala kelapangan dan kemudahan sepanjang perjalanan. Alhamdulillah. Selayak2nya Allah di puji atas segala yang terjadi.

Ribuan terima kasih yang tidak terhingga buat Dr. Mahazan selaku pensyarah pengiring kami yang sudi menemani dan melayan karenah anak2 didiknya ini. Mohon maaf atas segala kelakuan sebagai seorang mahasiswa/I yang tidak menggambarkan sifat sbg seorang pelajar university. (btw, dr. mahazan cakap kami semua budak2 bagus, disiplin di tempat orang pun terjaga.. Alhamdulillah).

Jutaan terima kasih buat semua team MT, (Tarmizi, Kak Zafirah, Suhailah, Hafizah Basri) yang telah banyak mengurus segala manual perjalanan, bersusah payah dalam menyatukan kepala otak semua student taa1..hihi terima kasih juga sudi melayan karenah2 kami yang ntah apa2.Thanks to kak hanan yang arrange tiket Mohon maaf atas segala kata-kata dan perbuatan kami yang menyebabkan sistem pengurusan kalian semakin sulit dan tidak teratur. Sungguh kami sangat berterima kasih kepada kamu semua sebab banyak berkorban untuk trip kali ni. (trip kali ni?? Macam ada next trip jak..hihi) tahniah buat team MT!!!

Terima kasih buat semua rakan-rakan sekelasku, Ismail, Nazri@mok, Afiq, Kak Hanan, Kak Munirah, Kak Rahmah, Kak Sally, Kak Sila, Kak Tika, Kak Nisa, Kak Ida, Kak Zaleha, Kak Zuraidah, Suhailah, Angah, Hasnida, Nadzirah dan Kak Ain). Kalian memang Osem. Kamu semua sangat baik sebenarnya. Kamu semua sangat prihatin. Terima Kasih atas segala kerjasama. Terima kasih atas segala pertolongan. (ni pujian semua untuk team MT juga ah.. J ) terima kasih atas layanan yang indah-indah belaka. 

Dan ucapan terima kasih yang teristimewa buat team sahabat2 di jogja yang banyak membantu kami sepanjang kami berada di tempat kalian. Terima kasih buat saudara Khairul, saudara Syarif, saudara Huzaifah, Ustaz Endi, Ustaz Muhajjir, juga Ustaz Talqis. Terima kasih buat kalian semua yang banyak membantu kami. Layanan kalian untuk kami memang first class. Terima kasih bawa kami melawat, bawa kami naik kereta kuda, bawa kami merasa makanan yang sedap dan enakkkkk sekali, bawa kami memborong. Terima kasih bawa kami pegi mana2.hehe terima kasih sudi melayan karenah kami. Terima kasih atas kesabaran kalian melayan feel dan tingkah laku kami. Mohon maaf yang tersangat-sangat dari kami atas segala perkataan dan perbuatan kami yang tidak kena pada pendengaran dan penglihatan kalian. Apa yang pasti, kami sangat teruja menjejaki jogja, sangat gembira dan bersyukur bertemu sahabat2 seperti kalian semua. Sangat OSEM.

Terima kasih buat semua warga PUTM dan UMY sudi menyambut kami dengan sambutan yang sangat meriah, sudi menghidangkan kami dengan makanan yang sangat sedap. (tiba2 teringat peristiwa, ‘abang berkalung merah..’ haha..)

TERIMA KASIH SEMUANYA J

Terakhir dariku, buat semua sahabat2 yang ku sayangi kerana Allah, terima kasih buat kalian, moga perjalanan ini mendapat keberkatan dan keredhaan dari Allah. Tidak lain yang kita harapkan untuk hidup di dunia ini melainkan demi mengecapi keredhaan dari-Nya. Apa erti hidup kalau sudah dipulaukan Allah. Pesanku, raihlah cinta Allah, nescaya kebahagiaan dunia akhirat akan kita perolehi (in shaa Allah..amin..)
Semoga ikatan persaudaraan ini akan terus terpelihara. Mohon maaf atas segala kesalahan dariku. Mohon maaf atas segala perbuatan dan tingkahku yang tidak kena pada kalian. Sungguh perjalan ini menambahkan keakraban, juga mengukuhkan ikatan, itu yang kurasakan. J semoga kalian semua berjaya dunia akhirat J sengaja kuabadikan segala kenangan dalam tulisan ini, supaya, sekiranya aku merindui saat tu ada sesuatu yang mampu kutatap buat mengubati kerinduan. J

P/S: last2..hihi lupa mau ucap, terima kasih buat kak zafirah, kak irah, kak ain, kak zuraidah, dengan angah sebab sudi temankan sy makan tengah malam, time d jogja tu. Sory..walaupun hampir jam1 pagi, sudi juga kamu temankan sy makan. Pantang tengok makanan, ndak kira masa mau juga makan. Cerita2 kamu time malam tu, best wooooooooo..hihi
C u with the next story, with the new journey, in the next trip …. J

Nah..biarlah gambar yang bercerita..penat sudah aku mau menulis..hihi 

ni di UMY. lepas diskusi 






ni di istana lama(ndak ingat namanya apa)


ni la hero2 spnjg program..di delakang dorng tu la gunung merapi..

muka stedy..tapi sebelum tu berebut juga kejar kamera..kihkihkih




sedap ni makanannnn...nasi+ayam+sambal=osem

sempat mencanting batik sekejap..hihi

angah paling expert bab2 mencanting batik.sikit kami kasi tinggal dia sini tolong buat batik..huhu

macam nasi lemak kn? tapi bukan. namanya nasi kuning. sarapan pagi kami..sedappp!!

rehat makan aiskrim sekejap setelahpenat round2 muzium

makan malam setelah seharian berjalan. makanan time ni pun sedap!!! mee+nasi=SEDAP!!!

itu lapar ka atau exited??ka mau tolong promote..hihi

ni la andong..kereta kuda..bestttt naik andong ni..hihi

mcm mau jatuh jak angah tu..




mcm gambar orang betul kn?? ni d muzium



kena buli c kecik oleh kakak2.. :(


macik ni jual tempe..tempe dia..memang SEDAP!! dorg2 ni exited membeli


























ni batik yang kak ira buat

yang ini hasil tangan fiza










semua makanan SEDAP!!!!!!!!!

1 comment:

  1. Masya-Allah..pnjgnya Suri punya update..mentg2 dh lma xupdate

    ReplyDelete