Monday, February 25, 2013

Trauma itu sebuah Pengalaman


بسم الله الرحمن الرحيم...

Dengan nama Allah yang maha Pemurah lagi Maha Panyayang…

Tanggal 25 januari 2013 telah meninggalkan kesan yang sangat hebat dalam hidup aku dan lebih-lebih lagi kepada sahabat-sahabatku..kenapa aku katakan lebih lagi kepada sahabat-sahabatku? Kerana dua orang sahabatku ketika itu kak fizah dan mizah merangkap teman-teman serumahku, kemalangan yang belaku pada hari itu merupakan pengalaman pertama mereka, sedangkan aku sudah beberapa hampir dan pernah kemalangan walaupun alhamdulillah setakat ini tidak pernah mengalami kecederaan..baru-baru balik sabah waktu itu pun hamper juga aku dan mak bapa aku hampir kemalangan waktu aku bawa  kereta pulang dari kebun…=)

Tapi aku bukan mau cerita itu sebenarnya..huhu aku masih mencari hikmah di setiap kjadian yang berlaku kepada aku dan sahabat2ku.. kesian dengan dua orang sahabatku itu…mesti dorang sangat tekesan dengan apa yang berlaku… apa yang paling menyedihkan sewaktu kemalangan itu berlaku apabila kereta yang berada di hadapan kami menyalahkan kami yang berada di belakang…seakan tidak wajar walhal mereka yang berada di hadapan itu berhenti dan membrek secara mengejut…Allahualam…Allah pasti ingin menunjukkan sesuatu,tetapi itu la kita sebagai manusia yang lemah serta mempunyai pengetahuan yang terhad tentang sesuatu perkara, kadang-kala lambat untuk kita mencerna apa yang sebenanya yang Allah ingin beri pada hari ini.

Apa yang pasti, kata-kata tuan guru dr.haron din yang sangat menyentuh hati nurani…”hadapi la setiap ujian itu dengan sabar..ujian hari ini penghapus dosa dimasa lalu”… Memang, kalau difikirkan kita sebagai manusia tidak lepas dari melakukan kesilapan dan dosa setiap hari samada dalam keadaan kita sedar ataupun tidak… jangan ditanya pada diri, adakah hari ini aku telah berbuat dosa? Tetapi tnyalah pada diri, apa, dan sudah berapa banyak dosa yang aku lakukan hari ini?? Itu la kata-kata seorang ustaz masa di sekolah dulu yang aku ingat sampai sekarang..

Kita tidak akan lepas dari rasa trauma dengan sesuatu kejadian yang sangat mengerikan dalam hidup kita. Itu sudah pasti…ambil lah yang positif, bersangka baiklah dengan Allah.. tidak semua orang akan merasai trauma, dan Alhamdulillah Allah telah memilih kita untuk merasai perasaan itu dimana orang lain tidak ada pengalaman sebegitu..jadikanlah sebuah TRAUMA itu sebagai sebuah PENGALAMAN yang Allah kurniakan kepadan hamba-hamba-Nya.

Kadang-kala ujian itu datang sebagai teguran daripada Allah kepada makhluk-Nya yang bergelar manusia, mungkin juga kerana sudah terlalu lalai, mungkin juga sebagai peningkat keimanan, tapi yang pasti itu adalah tanda kasih sayang Allah pada kita. Kadang-kala ujian datang agar kita sebagai hamba yang lemah kembali kepada DIA..kita sudah berada jauh, justeru itu Allah hadiahkan kita sebuah ujian agar kita lebih dekat kepada-NYA.

Kita sebagai hamba memang layak diuji untuk mengetahui siapakah dikalangan hamba-hambaNya yang lebih beriman…
Rujuklah Surah Al-Ankabut ayat 2-3 serta Surah Al-Mulk ayat 2..

“Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan mengatakan 'Kami telah beriman' sedangkan mereka belum lagi diuji? Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah S.W.T. mengetahui orang yang benar dan orang yang dusta.” Surah Al-Ankabut: ayat 2-3.

“Dialah yang telah mentakdirkan adanya mati dan hidup (kamu) untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu: siapakah di antara kamu yang lebih baik amalnya dan Dia Maha Kuasa (membalas amal kamu), lagi Maha Pengampun, (bagi orang-orang yang bertaubat)”-surah al-mulk

Siapalah kita tanpa ujian..apalah ertinya hidup tanpa ujian…?? Bersama menuju Madhotillah=)

PERKONGSIAN ILMU…


بسم الله الرحمن الرحيم...


Lama sudah  aku tulis ni..tapi baru ada kesempatan mau post…huhu

Alhamdulillah…hari ni lepas pulang dari darussyifa..ust yusuf sekali lagi berkongsi ilmu dengan kami…sejak aku mengenali darussyifa..memang aku dapat merasakan kedatangan  pengetahuan dan ilmu dari jalan yang tidak kita sangkakan…aku ingin berkongsi ilmu yang diceritakan oleh ust yusuf malam ni…

“sakit ni ujian Allah…orang sakit ni akan dapat pahala…” kerap kali aku mendengar kata-kata ini keluar dari mulut-mulut perawat darussyifa juga kadang-kala meniti di bibir-bibir sahabat-sahabat yang tahu keadaan sahabatnya…pada aku setiap orang mempunyai aura yang tersediri dalamkata-kata mereka…begitu juga perawat-parawat darusyifa..apa yang penting adalah Ilmu…

Aku pun sambung kata-kata ust.. “merawat pun dapat pahala…” ust ketawa… lepas tu ust pun cakap…
“kalau ikhlas…kalau ikhlas..memang dapat pahala…tetapi kalau tak ikhlas, dan merawat itu diiringi dengan sifat-sifat riya’…bukan dapat pahala..tapi dapat bala…” kami senyum dengan kata-kata ust tu…betul juga…dalam segala hal, ikhlas itu lah benda yang sangat penting dan benda yang paling sukar diukur juga sesuatu yang agak payah untuk dicapaiadalah  martabat ikhlas.

Benda lain yang dikongsi ust adalah…

Kisah pesakit darussyifa..tetapi aku tidak berniat untuk menceritakan perihal pesakit itu..sebab itu boleh mengaibkan orang lain..apa yang dapat aku ambil dari penerangan ust adalah.. jin ni sengaja menguji kesabaran manusia..kadang-kala diujinya manusia agar berasa sakit dan percaya pada kata-katanya..kadang-kala jin juga menguji kesabaran perawat dengan mengeluarkan kata-kata yang tidak seharusnya kita dengar…jin memang sangat licik…jin yang menurut kata-kata syaitan memang agak menguji kesabaran…tetapi tidak semua jin berperangai, kerana jin juga seperti manusia..ada yang baik ada yang jahat..ada yang beriman dan ada yang kufur…semua juga makhluk Allah…

Apa yang pasti..suatu yang sangat menarik ialah…bila jin masuk kedalam tubuh manusia..dan dia mengeluarkan kata-kata yang tidak baik..itu sebenarnya menggambarkan peribadi si manusia itu tadi…aku agak sedikit tersentap sebenarnya.soalan itu yang ingin aku tanyakan sebenarnya.. tetapi ust sudah jawab..jadi memang rezeki aku sebenarnya…hehe

Satu lagi yang aku dapat ialah dalam apa juga perkara kebaikan yang kita lakukan hendaklah kita bersungguh dan jangan sesekali kita berputus asa..