Monday, February 25, 2013

PERKONGSIAN ILMU…


بسم الله الرحمن الرحيم...


Lama sudah  aku tulis ni..tapi baru ada kesempatan mau post…huhu

Alhamdulillah…hari ni lepas pulang dari darussyifa..ust yusuf sekali lagi berkongsi ilmu dengan kami…sejak aku mengenali darussyifa..memang aku dapat merasakan kedatangan  pengetahuan dan ilmu dari jalan yang tidak kita sangkakan…aku ingin berkongsi ilmu yang diceritakan oleh ust yusuf malam ni…

“sakit ni ujian Allah…orang sakit ni akan dapat pahala…” kerap kali aku mendengar kata-kata ini keluar dari mulut-mulut perawat darussyifa juga kadang-kala meniti di bibir-bibir sahabat-sahabat yang tahu keadaan sahabatnya…pada aku setiap orang mempunyai aura yang tersediri dalamkata-kata mereka…begitu juga perawat-parawat darusyifa..apa yang penting adalah Ilmu…

Aku pun sambung kata-kata ust.. “merawat pun dapat pahala…” ust ketawa… lepas tu ust pun cakap…
“kalau ikhlas…kalau ikhlas..memang dapat pahala…tetapi kalau tak ikhlas, dan merawat itu diiringi dengan sifat-sifat riya’…bukan dapat pahala..tapi dapat bala…” kami senyum dengan kata-kata ust tu…betul juga…dalam segala hal, ikhlas itu lah benda yang sangat penting dan benda yang paling sukar diukur juga sesuatu yang agak payah untuk dicapaiadalah  martabat ikhlas.

Benda lain yang dikongsi ust adalah…

Kisah pesakit darussyifa..tetapi aku tidak berniat untuk menceritakan perihal pesakit itu..sebab itu boleh mengaibkan orang lain..apa yang dapat aku ambil dari penerangan ust adalah.. jin ni sengaja menguji kesabaran manusia..kadang-kala diujinya manusia agar berasa sakit dan percaya pada kata-katanya..kadang-kala jin juga menguji kesabaran perawat dengan mengeluarkan kata-kata yang tidak seharusnya kita dengar…jin memang sangat licik…jin yang menurut kata-kata syaitan memang agak menguji kesabaran…tetapi tidak semua jin berperangai, kerana jin juga seperti manusia..ada yang baik ada yang jahat..ada yang beriman dan ada yang kufur…semua juga makhluk Allah…

Apa yang pasti..suatu yang sangat menarik ialah…bila jin masuk kedalam tubuh manusia..dan dia mengeluarkan kata-kata yang tidak baik..itu sebenarnya menggambarkan peribadi si manusia itu tadi…aku agak sedikit tersentap sebenarnya.soalan itu yang ingin aku tanyakan sebenarnya.. tetapi ust sudah jawab..jadi memang rezeki aku sebenarnya…hehe

Satu lagi yang aku dapat ialah dalam apa juga perkara kebaikan yang kita lakukan hendaklah kita bersungguh dan jangan sesekali kita berputus asa..  

No comments:

Post a Comment