Saturday, December 22, 2012

Hebatnya Ayat-Ayat Allah

...بسم الله الرحمن الرحيم

Sudah menjadi kebiasaan apabila kita berada  dekat dengan orang yang berilmu, pasti akan ada yang di kongsikan..malam ini seperti biasa aku dan dua orang lagi housemateku akan menemankan salah seorang dari housemate kami ke 'klinik' untuk mengambil rawatan susulan..setelah selasai rawatan kami mendengar sedikit perkongsian yang sangat menyentuh hati.. 

ceritanya macam ni...

ada seorang bayi yang dilahirkan tidak cukup bulan..setelah dua bulan berada di dunia ini, yang boleh dilihat pada tubuh kecil itu hanya la tulang yang kecil dan kulit semata..sudah tidak ada isi yang boleh dilihat.aku juga kurang pasti atas penyakit apa..sana wayar, sini wayar..makan dan segala-galanya menggunakan wayar..setelah beberapa waktu..bayi itu sepertinya sudah tidak ada harapan langsung untuk hidup..doktor menyatakan kepada ibu bapa bayi itu, bahawa bayi itu sudah tidak ada harapan untuk hidup..jadi ikhlaskan la pemergiannya..hati ibu ana yang tidak luluh bila anak yang dikandungnya bakal meninggalkan dunia ini...
dengan penuh keikhlasan si ibu terus memeluk bayi itu seratnya dan menyatakan kepada anak tersayang..
"emak ikhlaas nak..pergilah kau dengan tenang..." si ibu mengucapkan perkataan itu dengan linangan airmata..dengan tidak semena-mena anak itu tersenyum..
terkejut si ibu..si ibu memanggil doktor dan meminta doktor untuk agar menangguhkan pembuangan wayar dari badan anaknya..dan juga si ibu meminta agar jangan di buang wayar daripada si kecil...doktor mengizinkan..setelah itu ada orang mencadangkan agar di bacakan ayat-ayat al-Quran kepada si kecil tadi..dengan penuh keyakinan si ibu da ayah akan membacakan ayat-ayat al-quran pada bayi mereka dengan menyentuh anaknya itu. alhamdulillah dengan setiap bacaan itu denyutan jantung si kecil seperti menunjukkan perubahan  yang sangat ketara..setiapa bacaan akan meningatkan denyutan jantung si kecil yang sudahterlalu lemah..dan beberapa ketika..anak itu alhamdulillah sudah kembali sihat...mereka juga bagi anak itu minum susu kambing segar yang sangat berkhaasiat...
sekarang bayi tu sudah berumur sembilan bulan...alhamdulillah..sihat walafiat sekarang...
apa yang menarik menurut ust yusuf yang menceritakan kejadian ini..banyak sebenarnya penyakit ini boleh disembuhkan dengan menggunakan ayat-ayat Allah...hebatnya ayat-ayat Allah boleh mengubah yang sakit menjadi sembuh, yang resah menjadi tenang, yang stress menjadi cool....

Ramai antara kita bila sakit mencari Allah tetapi bila senang kita lalai dan alpa dengan nikmat pemberian Allah..berapa ramai yang mencari ayat-ayat Allah sebagai penyembuh daripada sakit berbanding dengan mereka yang mencari doktor bila sakit..tanpa kita sedari...apa yang sebenarnya kita dahulukan dalam hidup ini..pesan ini buat diri sendiri..betapa aku hamba yang hina..

wallahua'alam.. 

No comments:

Post a Comment